Thursday, July 28, 2011

Kartun SOUTH PARK hina Nabi Muhamad...kredit to TUKANG KARUT.COM

Nabi Muhamad di hina



Siri animasi popular South Park
South Park adalah sitkom animasi Amerika yang dicipta oleh Trey Parker dan Matt Stone untuk rangkaian televisyen Comedy Central. Animasi yang terkenal dengan dialog-dialog yang lucah,kasar, tidak bertapis dan dianggap animasi paling lucu di Amerika. South Park menceritakan tentang kisah kehidupan 4 orang kanak-kanak dibandar Colorado . Dalam satu dokumentari pada tahun 2004, South Park ditempatkan di #3, dibelakang The Simpsons dan Tom and Jerry untuk 100 kartun animasi terbaik sepanjang zaman.

PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W

Penghinaan terhadap Nabi Muhammad dapat dilihat dengan jelas pada musim ke14 episod 200 dan 201 .Menurut Nielsen Media Research, episod 200 telah ditonton oleh 3.33 juta penontonmenjadikannya episod paling ramai ditonton. Malah,episod 200 dan sambungannya episod 201 telah dicalonkan untuk Anugerah Primetime Emmy untuk Program animasi pada tahun 2010.
Trey Parker dan Matt Stone

Sinopsis episod 200 dan 201 .

Stan(watak dalam South Park) secara tidak sengaja telah menghina Tom Cruise sebagai “fugde packer”,ketika lawatan sekolah ke sebuah kilang gula-gula..secara kebetulan Tom Cruise juga berada disana dan sedang memasukkan fugde ke dalam kotak-kotak.Marah dengan Stan yang menggelarnya “fugde packer”,Tom Cruise telah mengumpul 200 orang selebriti terkenal dunia untuk membuat satu saman malu ke atas pekan South Park.
Takut dengan tindakan saman itu Stan dan beberapa penduduk South Park memohon maaf kepada Tom Cruise.Tom berjanji akan menarik balik saman itu,tetapi dengan syarat,penduduk South Park perlu menjemput Nabi Muhammad dan diserahkan kepada Tom Cruise.Ini kerana Tom Cruise dan rakan-rakan artisnya percaya Nabi Muhammad mampu memberikan kuasa “goo”kepada mereka.”Goo” dianggap satu kuasa yang boleh membuatkan mereka ini kebal dengan segala “ejekkan”.Sama seperti Nabi Muhammad.
Tom Cruise dan rakan-rakan dalam episod 200
Walaubagaimanapun..mereka mengatakan membawa Muhammad ke South Park akan menyebabkan pekan itu diletupkan oleh pejuang Islam.Jadi jalan penyelesaiannya adalah membawa Muhammad ke South Park dengan memakaikannya costum beruang,untuk mengaburi pejuang Islam.
wajah “nabi Muhammad”.

Nak tambah lagi perasaan marah korang? Mari lihat sendiri sedutan cerita ini… 

BANTAHAN DAN SOKONGAN

Seperti yang di jangka,seleas penyiaran itu,tunjuk perasaan telah tercetus,protes dari umat Islam dilancarkan,malah satu ancaman untuk membunuh Trey Parker dan Matt Stone (pencipta dan penulis skrip South Park) telah dikeluarkan.Namun ramai peminat siri animasi itu dan rata-rata orang yang bukan beragama Islam bertindak memberi sokongan kepada South Park.Maka bermula dari situ satu aktiviti telah dilancarkan oleh penyokong South Park iaitu Everybody Draw Mohammed Day!, gerakan bermula di facebook yang mengajak orang ramai untuk melukis gambar Nabi Muhammad,pertandingan yang diadakan pada 20 Mei,setiap tahun.Alasannya setiap manusia patut diberikan hak bersuara…
poster

SIAPA LAGI HEBAT.

Dalam seminggu, idea Norris menjadi popular di facebook, disokong oleh ramai blogger, dan liputan tentang ideanya telah disebarkan ke laman web blog dan surat khabar utama di AS. Di facebook juga diwujudkan sebuah akaun “everybody draw muhammad day! mengumpul 101.870 ahli pada Mei 20. Laman protes juga telah di daftarkan di facebook yang diberi nama“Againts! everybody draw muhammad day” yang mengumpul (106.000 ahli pada Mei 20).Tetapi Norris (pencetus idea ini) tidak hadir pada acara yang dijadualkan pada 20 Mei itu,malah akaun facebooknya juga sudah tiada.Yang wujud di facebook sekarang hanya direka oleh individu-individu biasa.
Nak tahu apa yang telah diorang lukis?..Korang seach kat google image….everybody draw muhammad day!

Inilah hakikat dunia yang digelar “tanpa sempadan”..bila mana hak manusia itu di pandang terlalu tinggi melebihi daripada hak Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment

setiap komen anda saya x tanggung......jawab sendiri la klu jd pa2...hehehhee