Monday, August 1, 2011

COP MOHOR BESAR RAJA-RAJA


Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.


Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.



Mohor Besar Raja-Raja
Klasik

Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.

Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos £211.10

FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut.Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara.


Mohor Besar Raja-Raja
kenal, jangan tak kenal

Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada “cap getah” yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.info lanjut http://kelabumnojogja.blogspot.com/2011/03/mohor-besar-raja-raja.html

Sekali lagi nk ucap




Assalamualaikum Pada Semua Sahabat2 Yang Karib Atau Yg Tak Berapa nak Rapat…
Selamat Menyambut Ramadhan dan Mohon Kemaafan Sekira terkasar Bahasa tersalah kelakuan dan bicara…
Semoga Ramadhan Bermula dgn Keinsafan berjalan dgn Keberkatan dan berakhir Dgn Kemerdekaan dari api neraka…
Sama2 peringat memperingati…”Selamat berpuasa”
Peringat2 jugak..
Syarat wajib puasa.?
Syarat sah puasa..?
Perkara yg membatalkan puasa.?
Perkara yg mengharuskan berbuka?(Uzur2 syarie’)
Niat puasa..sebulan dan setiap malam.?
Kena taklif mazhab mana kalau nak niat posa sebulan?
Perkara makruh masa puasa..?
Perkara sunat masa puasa dan berbuka..?
Perkara haram dan kena bayar kifarat kalau bt ms puasa ?
Bg org mengandung nak buka puasa dgn sebab ank atau diri sendiri ada bezanya.?
Last skali posa tahun lepas dah ganti? Heh heh heh…..
Ada 2-3 hari nak posa lagi jom pakat2 buka buku/kitab /dgr kuliah fardu ain tentang ibadah puasa…

Runung renungkan dan selamat beramal heh heh heh macam ustaz Hot FM dok kata….. J
Selamat Berpuasa Jgn Masam2 Muka

Dugaan hari pertama....

Ari ni buka ja paper kosmo bahagian tgh depa bleh dok tunjuk makanan sedap2 plk......tp x pa,iman gua kuat lg........ptg ni nk p cr ayam madu la.....dok kempunan lama dh ni......