Monday, February 6, 2012

Bila Mangsa Rogol Cuba Dijejaki Kembali Oleh Si Pelakunya Dalam Facebook…


Bila Mangsa Rogol Cuba Dijejaki Kembali Oleh Si Pelakunya Dalam Facebook...
Dia mengambil masa yang cukup lama untuk melupakan peristiwa hitam yang pernah menimpa dirinya, namun permintaan atau ‘request’ daripada seorang lelaki misteri di dalam akaun Facebooknya telah membuatkan dirinya kembali mengenangkan memori pahit yang telah berlaku hampir sedekad lalu.
Pada satu malam tahun 1997, Emily McCombs tiba-tiba tersedar yang dia berada di sebuah gudang sambil dikelilingi tiga orang lelaki.
Kesemua lelaki itu kemudiannya memaksa McCombs melakukan seks oral sebelum salah seorang daripada mereka bertindak merogolnya yang ketika itu baru berusia 14 tahun.
Kini McCombs adalah seorang penulis dan juga pengarah urusan Xojane.com.
Dan selepas hampir 13 tahun tahun peristiwa hitam itu berlaku, dua tahun lepas dia sangat terkejut apabila lelaki yang merogolnya itu telah menghantar ‘friend request’ dalam akaun Facebooknya.
Pada mulanya dia tidak mengendahkan permintaan lelaki tersebut, namun selepas berbalas mesej, dia bertindak menghubungi lelaki berkenaan.
Kedua-dua mereka berbual hampir sejam lamanya.
Bermula dengan perbualan ‘biasa-biasa’, ia berlanjutan kepada perbualan mengenai peristiwa hitam yang berlaku itu.
McCombs ada menulis kembali perbualan itu di dalam blognya pada tahun lepas.
Mungkin insaf dengan perbuatannya, lelaki itu menawarkan ‘apa saja bentuk bantuan’ sekiranya McCombs memerlukannya.
McCombs hanya menjawab ringkas;
” Jagalah anak perempuan awak baik-baik. Cintai mereka agar mereka mereka rasa dihargai. Dan ajarlah juga pada anak lelaki anda mengenai perkataan…TIDAK MAKNANYA TIDAK “
Biarpun McCombs mengakui adakalanya perbualan tersebut sangat mengecewakan dirinya, namun dia gembira kerana ia sedikit sebanyak telah mengubati hatinya sekali gus membuatkannya dapat melupakan peristiwa itu.
Yang pasti, McCombs berkata, dia tak mungkin, sampai bila-bila, menerima atau menekan butang ‘CONFIRM’ (lelaki itu) dalam ruangan Friend Request akaun FB-nya.
Menarik bukan?

No comments:

Post a Comment

setiap komen anda saya x tanggung......jawab sendiri la klu jd pa2...hehehhee