Wednesday, February 22, 2012

Sudah 20 Tahun permegian dato sudirman haji arshad


Pejam..celik..pejam..celik sudah 20 tahun pemergian penghibur nombor satu Asia, Datuk Sudirman Hj. Arshad pada hari ini (22 Februari 2012). Kehilangannya bagaikan satu lubang besar yang kini masih ada di indusrti hiburan tempatan kerana tiada artis yang boleh diangkat oleh rakyat Malaysia dengan bangganya sebagai pengganti Allahyarham.

Sedutan dari berita kematian Sudirman di TV3
Walaupun jasadnya Datuk Sudirman sudah tiada di depan mata namun kita masih boleh dengar lagi suara merdunya menerusi lagu-lagu nyanyiannya menerusi lagu Merisik Khabar, 31 Ogos, Ayah dan Ibu, Balik Kampung, Chow Kit Road, dan banyak lagi. Lebih 160+ lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham. Namun satu lagu yang benar-benar membuat kita sedih adalah lagu terakhir Allahyarham iaitu Salam Terakhir. Lagu ciptaan Manan Ngah sementara lirik oleh Habsah sepertinya petanda bahawa Allahyarham akan pergi meninggalkan kita selamanya.
Kematian Datuk Sudirman bukanlah akibat HIV seperti yang dicanang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi kerana penyakit paru-paru yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang. Ribuan peminat menziarahi jenazah Allahyarham termasuklah Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun).
Bagi mengingati kemerduan suara Allahyarham, dengarkan lagu “Salam Terakhir”.

Marilah kita sedekahkan AlFatihah buat Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah

No comments:

Post a Comment

setiap komen anda saya x tanggung......jawab sendiri la klu jd pa2...hehehhee