Monday, August 8, 2011

Mr. Bean Nyaris Maut

Korang sume kenal dengan Rowan Atkinson a.k.a Mr. Bean?? Mesti sume kenal kan… Sapa yg x kenal dengan lawak2 yg pernah dipertontonkan di layar TV. Beliau adalah seorang professor di sebuah universiti terkenal di England. Ha…nak tau apa yang jadi kt beliau, jom layan….

Jom kita baca artikel metro….
BRITAIN: Aktor Rowan Atkinson nyaris maut malam tadi apabila kereta mewah yang sedang dipandu laju, terbabas.
Kereta mcLaren F1 yang berharga 650,000 pound (RM3.2juta) berpusing beberapa kali, merempuh sebuah pokok dan tanda jalan sebelum terbabas ke jalan yang bertentangan dan terbakar.
Bintang Mr Bean yang berusia 56 tahun berjaya keluar dari keretanya dan dibantu oleh pengguna jalan raya yang ada di situ ketika kejadian sehingga bantuan kecemasan tiba di jalan raya A605 di Haddon, dekat Peterborough, Cambridgeshire kira-kira jam 7.30 malam.
Anggota bomba mengawal kebakaran dan pasukan ambulans pula membawanya ke hospital dekat Peterborough. Keadaannya dikatakan beransur pulih.
 
Beginilah keadaan kereta beliau yg terbabas. Beliau sempat menyelamatkan diri.
p/s: ada lesen bukan bererti kita hebat memandu… hati2 di jln raya


No comments:

Post a Comment

setiap komen anda saya x tanggung......jawab sendiri la klu jd pa2...hehehhee