Thursday, July 28, 2011

Biodata iblis


Iblis(bukan gambar sebenar)
Anda kenal dengan makhluk ini?..anda pasti?..betul-betul pasti?..kalau masih was-was,luangkanlah masa anda untuk mengenali makhluk yang pernah menjadi ketua Malaikat ini dengan lebih dekat..sila jangan malu,jangan segan…
Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH. 
Nama glamour : 
hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll 
Kelahiran : 
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s 
Status diri 
: Fasik kelas pertama 
Agama : 
Kufur 
Tempat Tinggal :
 Di hati-hati mereka yang lalai 
Alamat Tetap :
 Neraka jahanam 
Isteri : 
Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya 
Kaum kerabat : 
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah 
Tempat pertemuan : 
Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli 
Musuh ketat : 
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa 
Hobi : 
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya 
Cita cita : 
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir 
Kelemahan diri : 
Bila Manusia membaca istighfar 
Logo : 
Sebarang tatu 
Pejabat operasi : 
Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat 
Rakan kongsi : 
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia 
Sumber pendapatan : 
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba 
Jenis perkhidmatan 
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT 
Tempoh perkhidmatan : 
Sehingga hari khiamat 
Teman sejawat : 
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran 
Pembantu setia : 
Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam 
Peristiwa yg tak dapat dilupakan 
Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s 
Kenangan manis : 
Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran 
Kenangan pahit : 
Manusia yg digodanya mati dalam keimanan 
Makanan kegemaran : 
Daging orang mati, segala najis dan kotoran 
Minuman yg digemari : 
Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkanYang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa 
Yang paling dibenci : 
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah 
Yg paling membosankan : 
Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya 
Tugas yg paling meletihkan : 
Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala 
Tugas yang paling disukai : 
Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina 
Janji kepada manusia : 
Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya 
Yang membuatnya gembira : 
Manusia yg mengikut jejak langkahnya 

Yang membuatnya menangis : 
Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT
Amacam?..ade tak salah satu sifat iblis ni yang terkena batang hidung korang?..hehe..jangan marah aa…Sebenarnya biodata ini aku ambil dari sebuah blog yang aku dah lupa nama dia..tapi apa yang aku harapkan,semoga info yang aku kongsi bersama ini akan mendapat rahmat dari Allah s.w.t…Amin.

No comments:

Post a Comment

setiap komen anda saya x tanggung......jawab sendiri la klu jd pa2...hehehhee