Friday, February 3, 2012

Cerita Di Sebalik Sesi Fotografi Zarul Umbrella Dan Siti Nurhaliza

 Inilah salah satu sesi fotografi bersama lelaki yang telah dijalankan oleh Datuk Siti ketika awal kemunculannya.
zarul umbrella
Dan baru-baru ini, lelaki tersebut (Zarul Umbrella) telah menceritakan pengalamannya di hari tersebut. Ikuti kisah menarik daripada tuan punya badan di bawah:-
Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu cerita disebalik sesi fotografi ini.”4 jam Membisu”..(memang benar statement tu)Terlebih dahulu post ni bukanlah untuk menyinggung mana mana pihak cuma berkongsi pengalaman sajer.
Sesi foto ini adalah untuk majalah URTV bersama wartawan Joha Ahmad,pada awalnya sessi ni adalah untuk cover URTV telah dijalankan di Sungai Congkak kalau saya tak silap la..Juru make-up pula dibuat oleh juru make-up tersohor Zul Fadli.
Saya sampai pagi ditemani oleh PR saya manakalah Datuk Siti Nurhaliza ditemani oleh Ayie-abangnya,sampai sajer kami di lokasi kami terus mendaki anak tangga yang agak tinggi juga untuk ke lokasi penggambaran yang dikelolakan oleh jurugambar Jefri Iran.
Apabila sampai jer Zul Fadli make-up kan saya dan Datuk Siti, dan setelah habis make-up Zulfadli memberi beberapa pasang baju untuk saya dan Datuk Siti..Baju baju yang diberikan kepada Datuk kebanyakkannya mendedahkan bahagian betis beliau dan juga kelihatan agak jarang,beberapa helai baju telah direject oleh beliau dan ini menimbulkan sedikit ketidakpuashatian kepada Zulfadli dan Joha,kerana hampir kesemua baju telah direject dan ini mungkin membantutkan sessi foto untuk cover.
Manakala Datuk Siti pun saya tengok macam nak menangis dek kerana baju2 yang tidak sesuai dari pandangan beliau.Mengikut Zulfadli baju2 tu agak senteng(nampak betis) pasal nak sesuaikan keadaan di lokasi iaitu di kawasan air terjun.
Setelah berbincang cara baik Siti akhirnya bersetuju dengan beberapa syarat(yg saya tak pasti apa dia)dia akhirnya mengenakan 3 pasang persalinan-(dalam gambar)
Lepas tu kita pun mula la shoot..saya rasa agak kekok untuk pose kerana tak begitu mengenali Datuk pada waktu itu di tambah pula abangya Ayie ada kat depan memerhatikan kami ..fuhh memang tak selesa,saya ni pulak jenis yang susah nak bercakap ngan orang jika orang tu pun susah nak bercakap macam saya lagi lah saya tak bercakap ..last2 kami diam jer..yang sibuk memeriahkan suasana adalah si Joha dan Zulfadli yang memberi arahan pose2 yang nak dilakukan
Setelah hampir 4 jam kami pun selesai dan ternyata Joha memang tak berpuashati dengan sessi tadi,dan sebelum bersurai dia sempat berbisik pada saya kebanyakn gambar tak ‘meriah dan tak meletop’ mungkin takkan jadi cover.
Selang beberapa minggu ianya disiarkan hanya satu mukasurat jer seperti yang anda lihat tu.
Selepas dari sessi foto tu kedengaran desas desus yang Datuk Siti tak akan bergambar dengan artis lelaki ,pada saya ini adalah salah satu tindakan tegas beliau dalam menetukan hala tuju kerjaya beliau dan keputusan yang diambil itu nyata memberi impak yang baik kepada kerjaya insan seni bernama Datuk Siti Nurhaliza ni.
Saya respect la kat dia pasal dia berani menyuarakan pendapat mengenai pakaian yang harus dipakainya walaupun dia masih baru dalam bidang seni pada waktu itu
Jadi begitulah sedikit sebanyak coretan mengenai cerita disebalik gambar saya bersama biduanita seni tanah air Datuk Siti Nurhaliza.

[Gambar] Neelofa Di Malam Gala Filem Azura 2012


comellllll nyaaaaaaaaaaaa


Post image for [Gambar] Neelofa Di Malam Gala Filem Azura 2012
seperti yang diketahui semua, Neelofa merupakan heroin untuk filem Azura 2012 yang akan ditayangkan di pawagam pada esok 2 feb 2012, pada 30 januari yang lalu telah berlangsung satu Gala Nite untuk filem Azura 2012 yang diadakah di GSC One Utama.
filem Azura 2012 juga merupakan filem pertama yang Neelofa berlakon, tanpa lengahkan masa, jadi jom kita usha gambar Neelofa pada malam tersebut, ihsan gambar dari bro Shahrizan Shafie :)

Thursday, February 2, 2012

Spyder dipasang di Gurun



http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/0202/Kosmo/Negara/ne_10.1.jpg
SEORANG model bergaya di atas motosikal Spyder di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – DRB-HICOM Bhd. menerusi anak syarikatnya USF HICOM (Malaysia) Sdn. Bhd. (USF HICOM) melabur RM2 juta untuk operasi pemasangan tempatan (CKD) model motosikal tiga roda berkuasa tinggi, Can-am Spyder Roadster (Spyder).
Pemasangan tersebut telah dilakukan di fasiliti Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) di Gurun, Kedah.
Ketua Pegawai Operasi USF HICOM, Iqbal Sharom berkata, model yang dikeluarkan di Kanada itu akan diceraikan sepenuhnya di Australia sebelum dibawa masuk ke Malaysia untuk dipasang di Gurun bagi memenuhi keperluan taraf kenderaan CKD.
“Sehubungan itu, kami mampu menawarkannya pada harga yang lebih rendah kepada pengguna,” katanya pada majlis pelancaran model Spyder CKD pertama di sini semalam.
Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DRB-HICOM Bhd., Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza.
Spyder mempunyai rangka berbentuk Y, dengan dua roda di bahagian hadapan dan satu roda di bahagian belakang yang memberikan lebih kestabilan berbanding motosikal biasa dan dilengkapi enjin berkuasa 998cc dengan kemampuan menghasilkan sehingga 106 kuasa kuda.
Sungguhpun ia sebuah kenderaan tiga roda, Spyder turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang setanding seperti kereta moden masa kini seperti Anti Lock Braking System (ABS), Stability Control System (SCS) dan Traction Control System (TCS).